Saturday 4 April 2020

Study Overseas? Expectation vs Reality......


Hi Korang!

Musim2 PKP ni, banyak JP baca tentang student overseas balik malaysia. Ada yang marah, ada yang support. Anyway bagi JP ni bergantung kepada diri masing2, yang penting kita kena bertanggungjawab, ikut arahan dari KKM, dan ikut sepenuhnya SOP yang diberikan. 

Anyway JP rase nak share sikit pengalaman waktu study di UK dulu. Alhamdulilah diberikan rezeki untuk rasa pengalaman tu. Lepas habis degree, rasanya semua orang akan alami fasa nak kerja or nak sambung study. Kebetulan JP pergi midvalley dgn kawan and time tu ada exhibition education fair. So JP try la tanya few universities kalau nak study master tu macam mana, and detail semua2 tu lah. Nak jadikan cerita, JP try la nasib, kita kan tak tahu rezeki and after buat application process, dapatlah few universities from UK. Time tu ade jugak apply di Malaysia and Australia, tapi lepas discuss dengan family so JP decide untuk accept offer university di UK.

Sebelum pegi ke UK macam2 yang ade dalam fikiran ni, yelah waktu pegi ambil IELTS test pon JP dah nervous habis bila kena communicate dengan brits kan. hehe.. Kita makan tempe, deme tu makan cheese, mana la sync kan accent kita. lol. hehe.. Sejujurnya tiga bulan pertama rasa nak give up and balik Malaysia terus. JP tak pahan sepatah haram lecture, yelah bila dalam lecture hall kita kena communicate a lot. Dapat pulak lecturer pure brits and suara dia serak and bak kata orang melayu cakap bergulung. Allah je yang tahu, perasaan JP time tu. Minggu pertama balik dari class nangessss, ahaha.. yelah, nak kena siapkan task yang lecturer bagi tapi JP ni tak sure, betul ke apa yang kita paham dgn instruction di beri. Then next week tu dapat idea, every lecture and discussion mesti JP record. So dalam train and time dekat rumah dengar balik all the audios. Then baru JP boleh start catch the pace.




Expectation JP bila study di UK, mostly kita jumpa dengan british la kan tapi reality-nya mungkin kita terlupa dengan diversity. Now, baru JP paham kenapa some of student kadang tak fluent pon cakap english even duduk overseas bertahun2. Maybe diorang decide nak kawan dengan Malaysian la kan. Macam JP pulak, just takde choice, dalam class JP sorang je melayu. So kena lah mingle around dengan orang arab, German, Mauritius, Indian, Chinese, Korean, US, Portugal, Nigeria and etc. Mula2 JP down jugak sebab the way we understand things different dengan culuture diorang kan. Tapi JP syukur sangat, at least boleh improve english and learn about others more kan. So JP nasihatkan, for Malaysian students, jangan takut, atleast make friend with local, this is how we learn and experience new things kan?

One more thing, ramai betul orang pertikai, kenapa la diorang ni try so hard nak tiru accent local, kalau dah melayu tu melayu la... Heeee..Actually, bukanlah semua student Malaysia ni lupa daratan, actually bila kita menggunakan accent Manglish mostly depa ni tak paham, thats why la selain improve languange, accent pon penting untuk dibelajar kalau tak depa tak paham. And dah menjadi routine and ada yang duduk bertahun tu thats why la sometimes they speak english with perfect accent even di Malaysia. Bukan lupa diri tau.. Heeee.. Another reality yang selalu dipertikaikan.

Cara pembelajaran dekat sini lebih independent berbanding di Malaysia. Tapiiii.. JP punya pendapat pembelajaran di Malaysia setaraf dengan cara pembelajaran di negara luar. Bukan JP nak puji Malaysia, tapi JP boleh rasa mudah nak catch up dengan cara diorang berbanding dengan kawan2 JP dari negara lain. Haaa bangga la dengan sistem pendidikan kita juga ye.. heee... Satu yang JP agak rasa berbeza, takde istilah nak berehat or termenung untuk setiap class dan seminar. As a student started from your first class until end of the day, you have to think.. think.. think and discuss..discuss..discuss. Yes, so dengan cara ni student akan lagi nak buat preparation and read a lot sebab kita tak nak ketinggalan kan.. Hee.. Opinion based approach ni sangat digalakkan, and activity discussion and presentation tu tersangat lah banyak almost every class. Apa yang bestnya, mostly group kita datang dari background dan country yang berbeza, so one opinion can be made from million perspectives..And there is no right and wrong, so boleh la kita nampak bijak sikit time bagi jawapan tu ala2 kau wakil Malaysia, hehehe.. tapi nanti at the end of the class lecturer akan buat conclusion so time tu la kita tahu jawapan mana yang betul dan tidak and feel free to argue or add the answer opinion with your lecturer and friends.

So a lot of things kita boleh berlajar kan, sebab opinion ni selalunya datang dari apa yang kita experience. Heee.. So JP try la buat dekat student JP, jangan kate mintak opinion, senyuman je yang kita dapat malah dapat complain sebab katanya JP banyak bagi self-task, presentation and discussion. Ahahaha.. budaya ni yang JP rasa kita kena break among kita. Bukannya apa, sebenarny lecturer nak ajar kita untuk lebih menggunakan critical thinking, be more creative, berani give opinion, learn from each other perspectives and make decision. So pandai2 la kita nak bawak diri, make friends with others and kisah kehidupan yang lain sama je dimana2, JP ade je lecturer yang racist, kawan yang rasakan pendapat dia je betul and bla bla.. Bab exam, jangan lah diimpikan hint or tips ye, malah lecturer akan bagi reading material which is setebal 50 pages and sila lah hadam, then bila baca soalan silalah relate dengan reading material yang kita hadam tu. Apa yang JP dapat conclude kan, expectation sangat indah bila "oh dia study overseas" tapi disebalik tu reality nya bertapa survival skill tu sangat diperlukan, sebab time ni baru kite sedar bertapa lembut dan berhemah nya Malaysia mendidik student.. hehe..After all, ini lah membentuk kematangan, independent, cara befikir, courage, decision making and bla bla...

Selain daripada persedian untuk pembelajaran, ada few things yang kita kena aware. Actually banyak jugak benefit yang kita boleh dapat benefit, just JP nasihatkan jangan jadi ignorance, kena selalu bertanya. As a student banyak entitlement yang kita dapat seperti discount. Apply transportation card (underground), national rail card, NHS jangan dilupakan dan banyak lagi. Dekat sini sistem kesihatan dia berbeza sikit, kalau uoll sakit kena buat appointment degan NHS (National Health Services), set kan date and baru dapat jumpa doktor. Ada kawan JP tu demam panas and sampai dah elok baru dapat turn NHS.. Heee.. Sekali lagi bersyukur lah Malaysia ade klinik 24 jam. Ni kita bercakap tentang kehidupan student, which is duit tak berapa banyak untuk terus ke emergency or hospital ye. Now, you all dah dapat agak kan kenapa dalam kes pandemik, ramai student Malaysia nak balik? One feeling you can't deny u feel safe when you are home.. So for those yang berkemampuan tu memang la dorang akan balik. Tapi.. tapi.. jangan risau, kita kan ada community Malaysia jugak, anything you always have your embassy. So thats why JP cakap tadi, kena "ambil tahu" because you are not alone in every situation.

Sambil2 tu, ambik lah peluang untuk travel.. Tapi as a student money constraint tu memang tak dapat dipisahkan. Tapi ada jugak yang berduit and pamdai lah kita buat saving untuk mencari pengalaman yang lain jugak. Ramai jugak yang pikir "Bestla study UK dapat jalan2",sama je konsep kalau kita duduk malaysia, nak pergi langkawi pon kita kena plan kan? heee.. So plan your journey well. Macam JP peminat tegar discount.. heee.. JP akan grab peluang ni dengan menggunakan Groupon, Wowchers, Expedia and etc. Sama la konsep kalau kita gunakan klook kan.. Memang banyak save. Kalau ada lebih, boleh la ke negara jiran, kalau tidak dalam UK pon dah banya tempat yang boleh di treasure. Nanti di post yang lain JP share pendapat JP tentang travel ni ye.. Anyway, anggapla travel ni salah satu peluang untuk kita buka minda tengok cara orang lain dan jadikan lah ni salah satu peluang untuk kita lebih menghargai ciptaan Allah. Yelah, berbulan2 kita study tanpa henti so reward la sikit yourself.. hehe.. 



Easter Break di Italy

Time study dulu memang JP berjimat cermat sebab memang aim nak pergi travel dan JP untuk dapat kan duit extra JP ambil la peluang jadi personal shopper untuk kawan2 di Malaysia. Bukannya apa, bila kita belikan barang untuk orang and to see their happiness and excitement, fuhh release stress kejap dari baca journal yang banyak2 tu.. Heeee. Nak shopping untuk diri sendiri taklah boleh selalukan so personal shopper is actually my theraphy jugak dulu.. hehe.. Sekarang ni ramai jugak kawan2 JP yang masih lagi jadi personal shopper walaupon dah habis berlajar... Heee.. Termasuklah JP.. lol!



Biasa lah personal shopper, snow pon still onzz nak shopping untuk u'oll 😅

Yeahhh.. Expectation kita selalu lebih tinggi dari reality kan, tapi sebenarnya yang dapat JP conclude kan, life is all about how you handle and control yourself. Tak semua gambar best2 di instagram tu sama seperti reality. Disebalik gambar, one person kene go through a lot such as homesick, kena part time, struggle with study, money constraint and bla bla.. kan? Tapi apa yang pasti experience sangat2 valueable. Apa yang JP perasan, kalau parents pernah kerja or study overseas, sedaya upaya diorang akan usahakan untuk anak mereka study overseas. Bukan untuk bermegah tapi untuk their kids learn life from another view. Yelah, bila kita kat negara orang, kita hanya ada kita dan Allah, kawan2 pon ade activity dan life yang lain, tak semua perkara kita boleh refer dekat orang, nak tak nak kena la jugak kita redah bertanya, solve kan problem, cari solution sampai settle. That's how you develop your true identity. Definitely, all the process yang akan give us meaning and value in future.

Okay cukuplah sampai disini.. Till next time yea 😄


Singgah ke Cornwall



Short visit ke Stonehenge



One day trip to Bath



Breakfast like local ðŸ˜‹.. gituewww..





Monday 30 March 2020

Pengalaman Bekerja di UK

Salam and Hi Everyone.

Hari ni genap hari ke-13 MCO, ada setengah kawasan red zone telah diisytiharkan sebagai kawasan Enhance Movement Control Order (EMCO) misalnya di Simpang Renggam Johor dan sebahagian daerah Hulu Langat kerana mencatatkan jumlah positive Covid19 yang tinggi. 
Hari ini juga merupakan Hari Doktor Sedunia, indahnya ibadah mereka, terima kasih para petugas kesihatan!

JP nak share perkara yang tidak berkenaan dengan Covid19 kerana saya percaya kita dah baca terlalu banyak input tentang isu semasa ni, so saya nak share sikit pengalaman kerja saya selama 3 tahun di UK. Start bekerja di sana selepas graduate ditawarkan kerja sebagai engineer di engineering consultant, company ni taklah besar mana pekerja adalah dalam 200 org macam tu. Company ni terletak 30mins from Central London. 

1) Budaya Kerja

Dari segi kerja, saya rasa orang kita lagi suka meeting dari depa ni, depa ni negara maju kan nak discuss issue tertentu pon memang dah ada platform untuk kita discuss dari sana dimana bos akan assignkan issue pada engineer tertentu dan boleh discuss dan explain dalam tu. Tapi one to one with bos tu keraplah sebab dah jarang meeting reramaikan. Ini saya rasa bagus, sebab kita kurang membazir masa dan issue tu boleh channel kepada org yang tepat untuk dia execute the work. Dan bagusnya orang lain yang berkenaan pon boleh tahu perkembangan isu tersebut so everyone in the loop.

Cara berkomunikasi dengan depa ni lain sikit, Brits selalunya tak cakap straight to the point unlike asians kita memang straight to the point. Kalau tulis email tu kita siap ada numbering. Depa lain depa mintak nak apa tu boleh jadi satu paragraph jadinya kita kena belajar la ye budaya dorang dah memang macam tu caranya. 

Kerja dengan dorang ni kena ada black and white, let's say tadi kita discuss sesuatu masa buat coffee dekat kitchen, saya akan rewrite balik and put it into words cc bos saya, dia, dan juga bos dia, kalau tak dia punya pusing sesat nun sampai ke Africa nak2 kita orang Msian ni kerdil je bagi dorang. Tapi jangan risau sebenarnya kita tiada kurangnya dengan mereka hasil kerja kita setanding dengan mereka adakala lebih berkualiti. 

Brits majority on time kalau start pukul 8am, 7.59 tu memang dah ada dekat desk masing, same goes waktu lunch 1.55 kita tengok kosong tiba2 2pm sharp semua dah ada kat desk masing2 termasuklah yang di lab or workshop. Mostly company dekat UK kebanyakan dah system dah established, bos ada double degree, master tu perkara biasa punya rajin depa belajar.

2) Colleagues

Dapat colleague yang baik kira bonus lah, kalau kat Malaysia pon ada je kawan sekerja yang kita anggap macam adik beradik ada juga yang kalau boleh terserempak pon taknak. Sama juga di UK, ada yang baik yang after hours pon kita boleh pergi tengok movies sama2. Ada jugak yang rasa superior graduates Imperial declare diri genius (tapi memang nerd lah) cara cakap pon macam director but actually sama je level dengan kita. 

Selalunya engineer akan deal dengan ramai orang terutama technician, contoh nak mintak fabricate sesuatu design ke dorang lebih hands on dan berpengalaman, kalau macam saya sebelum discuss dengan diorang ni terutama pakcik2 yang lebih tua ni saya akan offer coffee or tea? as courtesy lah kita nak mintak tolong orang kan, nak belajar dari dia jugak plus ia akan bertindak sebagai ice breaking and nanti senang nak discuss lepas tu tekak pon tak kering...Hehehe.. Lagi satu, walaupon dorang ni level technician tapi knowledge dorang sangat bagus, sebab dorang rajin membaca.

Lagi satu best kerja company UK ni dapat bergaul dengan orang dari pelbagai negara, ada dari France, Itali, Portugal, Egypt, Ireland,India, Sweden dan Hong Kong. Seronok dapat borak tanya budaya depa. Saya suka tanya dari orang local jawapan local selalunya lebih menarik dan tak dapat dekat google hehehe... Dorang pon sama jugak, ramai yang tak kenal Malaysia tapi Singapore tahu.. duhh.. and saya suka cakap do you know that Singapore once was Malaysia? It was known as Tanah Melayu.. and they don't care hahaha....

Selagi boleh berkawan saya ajak je semua borak. Every morning mereka akan greet each other dengan nada yang bersemangat, dorang sangat positive. Oh! mostly ni dorang ada specific topic yang akan dibincang kan pada waktu dan hari tertentu:

i) Monday morning: Mereka akan bertanya tentang aktiviti weekend kita.
ii) Friday before balik: Apa plan kita untuk weekend?
iii) Everyday before balik: Apa kita nak masak untuk dinner?
iv) Awkward moment: discuss je pasal weather or movies 

3) Transportation

Di UK, public transportnya sangat efficient, tak kira bos ke apa semua akan pakai tube untuk pergi ke tempat kerja, unless lah director yang ada driver tu kan. Tube station selalunya walking distance dari tempat tumpuan public hat ni depa memang baguih. Ada jugak sesetengah yang berbasikal ke tempat kerja, saya pernah la jugak tanya dekat kawan2 rupanya itu salah satu cara mereka nak bersenam. Kat negara kita tak sesuailah nak berbasikal kan sampai office kena iron baju baru terus and di Malaysia office facilities kita tak banyak lagi kan. Brits ni rajin jaga kesihatan, lepas bangun tidur terus pergi kerja, lepas naik basikal tu kan berpeluh diorang mandi dulu before masuk ke office. Diorang memang akan bawak weekender bag tu letak office uniform segala macam. Tapi idok ler saya nak ikut deme ni, saya naik tube saje lah ye nak pegi keje tu. Heee..

4) Facilities

Saya tak pastilah di company lain tapi boleh dikatakan di UK, banyak company ada provide gym facilities dan shower. Toilet diorang pulak takde bidet so toilet floor memang kering, kita yang muslim kena lah fikir cara untuk bersuci dan tak basahkan floor tu. Saya perasan diorang akan datang awal untuk ke gym atau mereka makan lunch pack cepat2 lepas tu pergi gym. Yang datang awal tu plak lepas makan dorang nap.Ada jugak yang pergi gym dulu then baru makan. Ada jenis tak mandi pagi, sebab nanti time lunch nak pergi gym baru mandi. Macam2 jenis orang lah, jangan terpedaya pada rupa paras ye, bau dia hmm... Kitchen diorang pulak selalunya complete ada fridge, microwave untuk reheat, dishwasher, kettles, coffee maker, nak buat tea or coffee (fresh milk provided everyday), basic kitchenette tu memang adalah. Mug kita kalau kita tinggal takde sape curi kita letak je dalam dishwasher at the end of the day esok boleh cari helper dah susun leklok dekat kitchen. So kiranya their workplace is their second home.

Akhir kata, mana2 kita pergi gunakan sebaik2nya untuk belajar because experience is the best teacher of all. Masa saya kerja di sana ramai yang kata bestlah kerja di UK dan sebagainya. Tapi kena fikir kita kena berjauhan dengan keluarga, dan bekerja adalah satu perkara yang sangat berbeza dengan melancong atau belajar. 

Till next time, see ya!






Friday 20 March 2020

Apa Perlu Kita Buat Ketika COVID19?

Salam and Hi everyone.

Apa khabar semua? Hari ni hari ke3 kawalan pergerakan atau Movement Control Order (MCO) bagi semua rakyat Malaysia. Macam mana dengan food supply korang cukup untuk 2 minggu? Chaos Malaysian dengar kawalan pergerakan ni macam lockdown reaction kebanyakan orang. Tapi yelah perkara yang jarang sekali berlaku kan. Sedih jugak tengok statement dari sesetengah pihak yang mementingkan diri dengan alasan demi agama, ada juga memberi alasan untuk beriadah di luar dengan hanya memikirkan kepetingan diri. Semoga kita dijauhkan dari sifat begini ya. So akibat dari penularan COVID19 ni JP nak share sikit apa yang patut kita buat dalam waktu MCO ni.

1) Ikuti Perkembangan COVID19 dari Sumber yang Sahih

Sekarang ni banyak fake news yang viral dekat whatsapp dan platform social media yang lain, saya nasihatkan follow news/update dari sumber yang sahih seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), World Health Organization (WHO) untuk perkembangan worldwide dan official page kementerian lain yang berkenaan (eg; Menteri Agama kita tu best) dan jangan lupa follow jugak perutusan2 rasmi oleh menteri kita dekat tv tu. 

Saya prefer twitter over other platform sebab twitter ni lebih cepat update compare to other platform. Selain itu, elakkan dari menyebarkan berita yang kita sendiri kurang pasti kesahihannya. Jangan lupa update orang tua dan keluarga kita apa mereka patut buat, kalau mereka still keluar untuk mengopi tegur2lah. Selain nasihat, beri idea kepada mereka apa mereka boleh buat masa macam ni ikutlah apa yang rasa mereka suka dan yang penting indoor, orang tua saya suka main board game macam SAHIBBA, SAIDINA selain layan drama nangis2 tulah..

2) Home Supplies

Okay yang ni bikin chaos sebelum kawalan pergerakan berkuat-kuasa hari tu, saya sempat booked slot dari tesco so diorang deliver to your door. Antara barang keperluan yang dibeli seperti telur, beras, sabun, ubat dan lain2 yang basics. Orang tua kita mana nak beli barang basah online, mahal katanya dan tak tahu fresh ke tak.. Tidak salahnya berkorban sikit untuk masa macam ni, lepas ni pergilah pasar selayang tiap minggu. 

Bagi yang tak berkesempatan nak buat delivery and terpaksa pergi ke grocery shop, jangan lupa pratice apa yang KKM dah banyak kali tekankan jika terpaksa keluar dari rumah, terutamanya part nak jaga 1m distance tu boleh tahan mencabar tapi kita cuba la eh? Waktu shopping barang dapur nanti jangan ambil lebih dari kuantiti yang diperlukan isi rumah. Adik yang delivery tesco  hari tu dia pakai mask buat sendiri, macam kita main zaman sekolah rendah dulu tu, bila tanya kenapa tu dik, dia cakap dia selsema tapi mask sold out. Jadinya berhemahlah ketika membeli ada lagi orang yang lebih memerlukan.

3) Jaga Fizikal dan Mental.

Saya yakin para ibu yang Work from Home (WFH) memang penuh dengan aktiviti terutama cuti sekolah ni, nak cakap mereka tak exercise tu tipu lah bangun je pagi dah kena schedule bila masa nak buat kerja dalam masa yang sama berderet kerja rumah nak buat, kena masak dengan lebih kerap lagi. Yela duduk rumah kan memang asyik lapar je especially kids. 

Boleh je join zumba or dance activities dengan anak2 depan TV bagi je dorang pilih kita ikut jelah, seronok! Taklah nanti lagi 2 minggu kita kena tukar size baju kan. Jika ada kelapangan masa inilah sesuai untuk buat spring cleaning, involve kan juga anak-anak dengan aktiviti seperti ini. At least dorang dapatlah rough idea plus meluntur buluh kan dari rebungnya.

Dari segi mental pula, mungkin kita boleh isi masa dengan tengok movies misalnya, lately saya asyik tengok movie yang berkaitan dengan pandemic eg; 28 days later, 93 days, contagion bukan dengan niat nak menakut-nakutkan tapi untuk buka minda kita lebih terbuka lagi dengan logic dan possibilities tentang pandemic ni. Best! Buat masa ni saya paling suka 93 days sebab movie ni based on true story tentang Ebola virus outbreak di Nigeria.

4) Muhasabah Diri

Saya rasa waktu sekarang ni masa yang baik untuk kita tengok sekeliling dan bersyukur. Apa yang selama ni saudara kita rasa di Gaza, China, India, Syria misalnya apalah sangat nak dibandingkan dengan MCO kita ni, dan banyak2 kan berdoa agar kita dilindungi, Malaysia dan seluruh dunia bebas dari COVID19. 

Dapat kita lihat, level of pollution semakin berkurang di China, Italy dan kebanyakan tempat lain di seluruh dunia  mungkin salah satu hikmah di sebalik apa yang terjadi. 

Tak lupa juga to our frontliners yang berkhidmat demi negara, Thank You! Semoga Allah membalas jasa kalian. Take care and stay safe everyone! Till next time, see ya!




Langkah Penjagaan Ketika Berada di Rumah





Earth is healing they said...









Thursday 27 February 2020

Hampir Dipukau oleh Si Penyeluk Saku Ketika di Eiffel Tower

Salam and Hi everyone.

Lately, JP perasan banyak drama melayu buat pengambaran di luar negara, bagi saya ini adalah satu perkembangan yang sihat, kerana melalui travel kita dapat meluaskan minda secara tak langsung mematangkan cara pemikiran. Yelah, dah di negara orang kan, kita kene la berlajar culture dan explore food diorang, which is sangat menarik dan pengalaman yang sangat berharga. Selain menabung untuk masa depan, jangan lupa selit tabung untuk travel ya, kalau nak jimat travel ramai sikit bolehla share expenses. Bak kata omputih "The more the merrier"

Lain negara, lainlah budaya dan orangnya kan so kita kena sentiasa peka dengan persekitaran kita. So hari ni saya nak share sikit pengalaman yang kurang best untuk didengar tapi perlu untuk di share kepada yang lain supaya lebih berhati-hati ketika travel.

Kisahnya sebegini, pada hari yang dingin dek winter, saya bawalah family ke Eiffel Tower untuk melihat salah satu wonders of the World. Sedang asyik pose tiba-tiba kami didekati oleh 3 wanita dan mereka memberi salam, kami pon jawablah salam mereka, tak jawab dosa ehh.. Depa mai datang mintak kami isi form untuk charity lah lebih kurang. Queen Mother tanpa lengahkan masa terus lah dia isi,saya pulak terdetik macam suspicious je diorang ni. Kawan lagi sorang pon nampak setuju dan terus isi borang tu saya masih lagi mengeras tanpa menunjukkan rasa ingin bekerjasama.

 Tiba-tiba kawan saya terjerit kecil, saya pon terkejut saya tengok dia macam menepis tangan salah sorang dari 3 wanita tadi. Dia cakap dia macam nak sentuh pipi, then saya terus tarik ibu cakap stay dekat dengan saya tapi ibu refuse dia cakap kejap nak isi sampai habis. Pelik betul queen mother time tu haishh. Then ada sorang lelaki datang dari jauh menjerit "Ibu copet copet, she's no Muslim" dan terus dia pangil kami dekat dengan dia, dia tanya kami dari Indonesia ke, kami jawab "Tak kami dari Malaysia" then dia cakap pick pocket sebab kitorang kaget bangat ya apa tu copet tak terfikirlah kan masa tu copet tu penyeluk saku...

Lelaki tu pon bergaduh dengan 3 wanita tadi dia cakap "You are not Muslim and you are pick pocket" gaduhlah mereka dalam bahasa French. Kawan saya memang nampaklah dia macam terkejut sebab previous trip kami dulu masa di Champs Elysee aunty dia hilang purse depan butik LV okay guysss.. Tapi masa tu nasib baik ada bwak copy passport, and LV memang offer help untuk ke polis station dan bayar semua fees taxi sehingga ke hotel dan urusan selesai. Kebetulan memang aunty time tu beli LV bags pon, service ni kira macam courtesy lah dari pihak LV. Bila kejadian macam ni berlaku, jangan lah panik, selain dari buat report polis, cepat2 lah call bank untuk block semua pengeluaran dan transaction. Lebih elok, deactivatekan card bank. 

Nasib baik lelaki tadi tu tolong kalau tak benda yang paling tak diingini ketika travel mungkin terjadi. FYI, lelaki tadi tu from Senegal diorang yang duk jual keychain murah2 depan Eiffel tower tu, sebelum tu saya memang dah beli dah keychain satu bundle tu dari dorang sebab rasa memang murah ada free gift lagi. Dorang ni in a group jalan je sikit memang 10 minit sekali dorang tanya nak tak. Sempat saya berborak dengan dia lepas kejadian tu, dorang ni memang dah lama migrate Paris dalam 10-15 tahun dan mereka Muslim, patut marah betul dia tadi dekat 3 wanita tu.

Kes-kes macam ni memang perkara biasa dan dipesan oleh local dekat sana supaya berhati-hati. Geng2 penyeluk saku diorang ni memang tersangat hebat, sebab kita just tak dapat baca cara mereka. Dengar cerita, geng2 ni siap ada sekolah untuk ni. JP suggest elok lah kalau korang buat itinerary dan plan journey sebaik2nya di Paris. Bukan apa, kadang2 depa memang macam nak tolong angkatkan bag atau nak tunjukkan jalan, tapi selepas di tunjuk tu diorang mintak duit. hehehe..So korang kalau nak bertanya especially di airport dan Gare du Nord (the most busiest train station outside Japan) make sure tanya kepada polis bantuan atau information centre sahaja ye. 

Jadinya semua berhati-hatilah dalam sedang kita bergembira ya.. terutama di Paris para wanita elakkanlah memakai handbag yang senang diseluk, kalau crossbody tu pakailah bag dalam jaket. Lelaki bolehlah pakai bumbag letak bahagian dada tu, itu yang saya rasa paling selamat di Paris.

Till next time, see ya!

Perasan tak hood winter jaket tu pon hampir diambil orang ye...

Eiffel Tower tersergam indah, JP tak pernah pon naik sampai atas tu, tak sampai hati nak bayar tiket nak naik atas tu...





Wednesday 19 February 2020

Hi sisthurrr..... You agent ke?

Salam and Hi everyone,

Harini JP scroll FB and and instagram, 60% dari feed JP "Agent Wanted".. Yea, musim raya kan dah nak dekat, especially seller yang jual kuih raya, so inilah perfect time untuk mereka. 

Talking about agent, JP ni adalah experience sikit jadi agent.. Yelah, waktu masih bertenaga ni, meh la kita pulun apa peluang yand datang depan mata ni. Asal nya JP ni hanya suke2 nak tolong kawan, lama2 JP rase okay kot kalau nak try buat agent ni betul2, boleh la belajar cara nak deal dengan HQ, process business tu, handle dengan situation and part paling best deal dengan customer.. hehe.. Sebelum JP setuju nak involve dengan jadi agent ni, JP ada jugak google tentang pengalaman jadi agent ni, tapi tak dapat banyak maklumat.

So, JP pon try je la, yelah JP tengok macam best je, income dari rumah dua ribu dalam masa seminggu, percutian, gelang emas dan bla bla, so apa lagi, kite tak tahu rezeki kita kan? Heee.. Tapi asalnya niat JP nak jadi dropship je, sebab JP fikir,just nak jadi kan business ni sebagai side income and JP time tu tengah busy nak siapkan proposal, so kalau JP dapat closed sale pon jadilah, atleast JP takpayah nak pikir pasal postage or delivery. So after analysed beberapa product so JP start la message beberapa product cara untuk menjadi agent. Most of the product yang JP tanya untuk jadi agent, JP akan try and rasa dulu. Yela kan pepatah kata, kita nak memberi kena barang yang paling kita suka kan? Heee.. Selepas beberapa jam dapat lah respond. Untuk information korang, nak jadi agent takdelah as simple as ABC, dia mengikut kepada HQ/Company or product yang korang pilih.

Macam mana nak jadi Agent ye?

Untuk Agent product X ni, JP di interview sikit..hehe.. mcm apply nak jadi engineer kan? Tapi ikutlah industry masing2, alhamdulilah takde soalan drawing, just soalan simple, seperti nama, umur, pengalaman menjadi agent dan bla bla.. Lepas jawab soalan yang diberikan, JP pass first stage.. Gitueww.. hee.. Then, JP diberikan beberapa link video dan lepas habis dari view video, JP kne decide whether berminat tak. Heee.. Time tu JP dah nervous, sebelum ni JP just ingatkan hanya share background dengan HQ dan kite confirm kan area mana yang kita nak cover. ANDDDD.. JP tahu korang pon mesti pikir yang sama kan, lagi2 yang baru2 nak berkecimpung dengan dunia business ni? Hee..TAPI, TAPI, kalau JP berminat, ade satu lagi stage yang JP kene go through.. ohoiii.. JP pikir, eh ni baru nak jadi dropship, rasenye tak boleh buat sambilan ni, sebab dari interview macam JP kene ade full commitment. So, JP surrender untuk product ni. Yelah, everything yang kita buat mesti ade reason kan, so guys any decision mesti back to our purpose and priority okay? Bukan apa, nanti kite tak dapat bagi commitment and nanti kite stress pulak. Bagi JP everything yang kita nak buat mesti something yang boleh kita enjoy the moment. Yea enjoy the moment tu sangat penting dan automatic nanti everything pon will be okay as we plan, InsyaAllah.

After JP rase macam dah tak berapa nak busy sangat dengan kerja hakiki, so JP pon try la tanya untuk jadi agent product Z ni, Alhamdulilah kali ni lebih mudah, hanya isi form dan confirm kan kawasan, JP dah berjaya jadi official agent untuk product Z ni. Untuk product ni, JP kene bayar RM 300 untuk yuran pendaftaran. Talking about this, for those yang kekurangan modal especially student tapi nak cari extra income, boleh lah cari product yang tak memerlukan modal langsung. Ade je, korang kene rajin bertanya kay. Setiap product/company ade cara yang berbeza - beza, untuk product Z ni lepas JP dah bayar registration fees, diorang berikan JP account dan password instagram, so takpayah la JP nak create ig business ke apa ke, and purpose HQ buat kan IG account sebab boleh la diorang pantau kita kan. heee.. tapi rasanya semua orang tahu tanggungjawab masing2. Apart from that, ade beberapa syarat yang kita perlu patuhi, antaranya agent hanya boleh buat marketing untuk product Z sahaja (tak boleh promote another personal business ye, heee), cara order dan pembayaran di HQ, dan lain-lain lagi. Haa.. one more thing, untuk order ada company yang meletakkan syarat minimum order dan ade juga yang tiada minimum order, kalau nak ambik satu pon boleh. Heee. So kalau la korang dapat yang ade minimum order, jangan takut okay, selain percaya pada rezeki Allah, boleh jugak kita gunakan kaedah pre-order. Part ni kita kene creative sikit macam mana nak susun inventory dan marketing kita.

Untung ke jadi agent ni?

Okay part ni memang banyak orang tertanya2, actually yang ni bergantung kepada jenis product ye. Kalau macam JP, we choose cake as a product, so rata-rata yang JP survey korang boleh dapat sebanyak RM 5 - RM 10 ada jugak yang up to RM 15, itu semua ikut harga barang yang korang jual.  Normally korang akan diberi harga agent which is harga yang lebih murah dari harga asal, tapi mostly agent dah diberi ceiling price untuk dijualkan kepada customer. So takdelah nanti agent problem dengan game seller ni mahal dan seller ni murah. So kalau nak banyak profit kene la banyak close order.. heee. Macam kawan JP, dia pernah jadi agent untuk kasut kesihatan, so satu kasut bole dapat around RM 30 - Rm 50. So ikutlah kepakaran masing2. Kalau macam JP, ini hanyalah sekadar side income, so JP takdelah pulun dan Alhamdililah minggu pertama JP berjaya menjual sebanyak 50 cakes, so RM 500 for five days, hmmm... not bad jugakkan?

Okay ke jadi agent? 

So guys, tak salah nak mencuba, apa pon yang kita buat ada je perkara yang kita boleh berlajar. Untuk pengalaman menjadi agent ni, JP banyak berlajar dan sambil mempebetulkan diri dari segi penerimaan dan cara nak hadle situation. Nampak mudah kan, post di IG, layan wassap customer and dapat duit. oh NO NO NO.. Thats why JP tak setuju kalau orang underestimate housewife yang buat online business di rumah. Jangan ye, everyone ade hardship masing2. Mungkin haritu, dapat customer yang fussy, customer yang tanya beribu soalan tapi tak jadi beli, customer yang tak certain dengan time delivery, HQ delivery delay ke dan macam2 perangai lagi. Ha, selagi task yang melibatkan orang, kene lah kita pandai2 deal dengan situasi ye. Kadang2 okay, kadang2 things boleh jadi teruk jugak. Tapi kite kan sentiasa dalam mood "learning process". That's alright. If JP all business, JP menggunakan konsep "kita share rezeki kita sama2", so untuk delivery jauh ataupon dekat JP  akan gunakan runner. Kadang2 JP boleh je hantarkan, mungkin lebih mudah sebab kita tak perlu deal dengan third party kan, tapi apa salah nya jugak kita share rezeki dengan abang dan akak runner kan? Ade jugak situasi yang customer tak nak bayar dan marah tentang delivery charge ye. Bagi JP, okay je mana2, itu semua terpulang kepada orang, sebab JP dah set niat sebelum nak buat business ni kan. Tapi kan korang, kalau kite beli online, janganlah berkira sangat, just imagine "someone yang berpanas dan berhujan naik motor hanya untuk hantarkan your happiness and request". Hmm.. kadang2 kita pon tak mampu nak buat perkara yang sama kan? DAANN.. mana tahu ni antara penyebab urusan kita dipermudah kan jugak ke. kita just tak tahu. Tapi kalau tak setuju dengan JP pon takpe, I respect your perspectives as well. Ape pon situasi, just deal dengan cara yang berhemah ye. heee

Afterall, JP percaya, perasaan mengembirakan orang dan dapat fulfill kan request org adalah satu kepuasan. Perasaan bahagia ni pon rezeki jugak :-)

All the best sapa2 yang berniat nak jadi agent. Feel free to share your experience with us. Okay enough for now, till next time, see ya ! :-)

Tuesday 18 February 2020

Hyde Park Apartment, London

Salam and Hi everyone. 

Hari ni JP nak share salah satu apartment yang JP berpuas hati stay semasa trip di London iaitu Hyde Park Apartments. Apartment ni terletak di Craven Hill, Paddington. Total yang kami bayar untuk 3 orang £291.88 = RM 1579 (rate 5.4) untuk 4 nights stay booked thru booking.com sebab booking boleh pakai shopback.Dekat Europe hotel ikut pax okay so better declare betul2 berapa orang yang akan check in tu, kalau tak kena fine sia2 je.. Okay clear? Jom kita tengok kenapa saya berpuas hati stay di apartment ni.

1) Location



Hyde Park Apartments ni location dia terletak di central London, zone 1. Nearest tube station ada dua Lancaster gate (central line colour merah) dengan paddington (Bakerloo line colour brown, district line colour green, Hammersmith& city line colour pink dan circle line colour yellow) so dua2 pon still dalam zone 1. Area dia okay kalau nak balik lewat malam pon tak takut sangat sebab dekat dengan deretan kedai yelah datang London balik pukul 6 apa cer... and yang paling ibu saya suka sekali ialah Tukdin sangat dekat okay jalan kaki tak nak pakai selipar pon boleh.. okay tipu, pakai selipar kay.Hehe..Inilah Melayu tak boleh nak korban sikit tak makan nasi tu, kan dah berpuluh tahun makan nasi sekali sekala try la makanan lain kan..Next point is Oxford st. kesukaan ramai aunty2 hanya 3 stops dari Lancaster gate. Dulu colleague saya kat London ni ada cakap depa tak pi Oxford St. ni sangat ramai orang luar katanya. Mungkin macam kita lah kot kat Malaysia ada ke ang pi Chow Kit, Petaling St. zaman sekarang ni? Toksah nipu la korang pi OU, pavi, mid dan sebagainya..



Dalam circle green tu menunjukkan zone nombor berapa.
 Boleh jumpa tak Lancaster gate dengan Paddington station?




Dekat London ni, selain underground dan bus, Uber salah satu option yang boleh di consider if korang travel in group. Make sure nak naik uber ke atau nak cari tempat ke, key in je postcode dalam full address dorang. Contoh Hyde park Apartment ni alamat dia 
"8 Craven Hill, Paddington, Westminster Borough, London, 
W2 3DS, United Kingdom" so tengok atas ni saya key in postcode je

Nama jalan yang sama adalah perkara biasa, confirmation postcode sangat lah penting ye.. Teringat pulak kisah, Kawan JP sewa kereta and dengan confident waze nak ke oxford street and dia tak check postcode, bila JP balik kelas call nak jumpa dimana, dah sampai ke Oxford University deme.. Hehehe.. Time tu tak tahu nak gelak ke apa.. hee.. Terpaksalah tunggu almost two hours lagi untuk diorang berpatah balik 😅


Ha tak tipu kan sangat dekat dengan Tukdin, ibu bapa mu pasti gembira.


2) The fact that it is an apartment


Part ni ada member buat lawak sikit.. Cerita dia macam ni waktu saya nak reserve apartment ni dia tulis 1 queen bed and one sofa bed so masa check in tu ktorang bukak la satu bilik tengok ada satu queen bed and convert sofa tu jadi sofa bed, dia ada bagi extra duvet and pillow supaya selesa la sikit kan. So malam pertama tu sorang tidurlah luar dekat sofa bed tu..



Esoknya bila nak bangun subuh ibu cakap kenapa tidur luar takut ke tidur bilik? Saya pon cakaplah mana muat tidur 3orang satu bed ibu pon buat muka pelik dan berlalu pergi. Tak lama tu tergerak hati nak bukak pintu ada lagi satu yang ktorang dah buat conclusion itu adalah connecting door nak pergi unit sebelah, then bukaklah si malang akan pintu tersebut alangkah terkejutnya dia apabila mendapati satu katil yang tampak selesa dimana beddingnya tidak dicemar didepan mata. Dang!! Maka berebutlah ktorang akan bilik tersebut akan tetapi ibu lah yang menang kerana disuruhnya ktorang yang share takpelah biarlah dia selesa she's the queen btw. Cis sia2 je convert sofa bed tidur luar semalam kata si malang hahaha.






So sangat seronok okay ada 2 queen bed tidur yang amat selesa diperlukan bila kita travel ni ye untuk recharge. Oh ye apartment ni ada dapur jugak so bolehla jimat sikit masak brahim's ke beli lauk ke. Dapur ada hob, microwave, kettle, sink nak basuh boleh lihat seperti dalam gambar.





Toilet dia ada towel rail yang boleh kita guna juga nak sidai pakaian semalaman dah boleh kering ya, jangan biar rangup terlalu lama boleh hangus okayy plus jimatlah tenaga kalau kita nak keluar off heater towel rail tu. Shower ada heater yang berfungsi dengan cemerlang. So saya bagi 4.5/5 apartment ni.


Ini dapurnya selesa kan untuk kita nak masak


Toilet yang selesa


Saya belanja video apartment ni.
 Time ni pon dah skip bilik no 2 tu..


Kalau winter jangan balik lewat sangat okay sebab gelap cepat and lagi satu paddington station tu besar, ibu cakap dia prefer amek Lancaster gate and tukar station dari situ.

Okay sampai disini saja untuk kali ni till next time, see ya!


Kerja di Pejabat vs Kerja Kilang

Salam and Hi everyone. Hari ni JP nak share sedikit pengalaman bekerja di dua persekitaran yang berbeza iaitu office dan kilang. Ingat lagi first day report dekat kilang ada sorang sister ni dia masuk hari yang sama, antara soalan yang terawal dia tanya "awak dulu kerja office eh" so saya jawablah ya, haah dulu kerja office". Terus saya fikir oh ada beza eh org kerja kilang dengan office..

Masa nk masuk kilang tu saya memang apply dengan harapan nak tengok industri depan mata, macam mana line jalan, R&D dalam kilang dan pelbagai soalan yang saya nak tanya dari apa officemate saya selalu sebut dulu. First kerja lepad grad terus masuk office tapi officemates semua dah senior and expert dalam field tu. Tambah pula jiwa muda kan rasa ingin tahu tu tinggi, tapi tak salah ye adik2 sebab muda2 lah kita kena kerja kuat, harapnya masa tua senang dapat pergi masjid balik minum teh baca paper layan hujan pehh..



1) Average steps per day


Okay jom start beza kerja di pejabat vs kilang (ikut pengalaman saya lah ye) kerja kilang ni penat sikit antara sebab2 dia ialah size kilang yang besar nak jalan from one place to another tu fikir dua kali. So setiap pagi lepas sampai je meja on laptop then plan dulu kerja nak buat apa nak pergi building mana dulu, jumpa siapa so taklah ulang alik kan. Kalau time xbusy and xde isu lah. Kalau ada so bolehlah lupakan planning korang pagi2 tu takkan tak nak attend isu or meeting kan. Lpstu nak kena tengok subordinates korang buat kerja tak ke mengular (ular ni terms saya belajar dalam kilang).


Average sehari steps normally 9000 lah kalau ikut iphone punya health apps tu. Tapi ikutlah ada setengah orang prefer work from their desk, supervisor and 'budak' depa yang mai jumpa dorang, kalau saya suka tengok depan mata involve dengan process sebab kalau tak turun line kita tak tahu process senang kena tipu either dengan budak korang sendiri atau dept. lain. Kenapa kita selalu turun line ni saya buat post lain la eh...


Sebaliknya kalau kerja dekat office plak steps dulu nak sampai average 1000 sehari pon effort, yela naik turun lif je jalan sikit lah time dari basement parking, nak pergi makan dengan jalan2 sikit dalam office. Office saya dulu tak besar mana company kecik je kadang2 time free tu pergi 7e 2-3 kali sehari punya tepu duduk office lelama. Nak pergi meeting atau lab pon kurang lah 1000 langkah dah sampai. So kerja kilang ni lebih sihat ye, boleh kurus pon ye.


2) Flexibility


Seterusnya adalah flexibility rasanya ni semua dah ada rough idea kot kilang ada bell waktu masuk kerja, 5min sebelum waktu start kerja dan habis kerja semua ikut bell. Pekerja kilang diwajibkan mengikut bell sebab production run ada kira "takt time" semua especially bagi operator. Time in and out semua direkod on time. Tak macam pejabat waktu lunch ikutlah kesesuaian kan tak perlu setepat kilang especially kilang yang ada japanese related. Pernah sekali saya lewat masuk meeting 5min dia punya serba salah tu haishhh, time makan pon sama ye tak sempat nak ulas isu semasa lelama, then balik jarang boleh balik on time depa ni punya rajin macam takde hari esok. Isu ni kitorang pernah ketengahkan dekat HOD tapi macam takde beza je. 


Kalau kerja office dulu lepas masuk pagi tu boleh pergi breakfast setengah jam macam tu, then lunch pandai2 lah budget sejam korang rehat kau masuk awal bolehlah balik awal +/- lah setengah jam gitu. Saya perasan semua happy kat office kena stay pon tak kisah sebab employer chill macam tu employee pon happy and bila employee happy produktiviti secara tak langsung meningkat.


3) Workload


Kilang selalunya SOP dah well established compare to small, dari segi workload kilang ni kalau adik2 pandai bahagikan kerja kepada subordinates jadi bolehlah tenang buat kerja sendiri dan melayan management work kan. Jangan lupa ya engineer kadang2 datang kerja attend meeting je seharian, dapat supervisor yang baik adalah satu rezeki. Bagi saya ada dua jenis engineer kilang 1) jenis yang tenang memang kerja ikut job description (JD), monitoring from their desk 2) engineer yang haywire sebab dia masuk line, dia nak involve kerja subordinates sebab nak hasil yang betul dan cepat.


Kalau di pejabat pula SOP takde sangat kalau ada pon still pening2 lagi dan korang takde subordinates ramai sangat kalau macam saya dulu ada sorang je asisstance engineer tu pon share dengan engineer lain. Kebanyakan kerja kena buat sendiri ikut timeline yang diberi. Ada masa korang lah technician, korang lah bos kena buat decision on the spot and please bear in mind whatever decision yang korang buat tu akan di validate kan oleh bos korang di kemudian hari.. Time ada projek memang bawak balik kerja tapi tak selalu la.. 


So, adik2 engineer, jangan lupa set kan masa untuk diri sendiri, keluarga dan kerja. Senang cite, jangan abaikan work life balance korang. The feeling yang saturated di tempat kerja sangat real, sebelum getting worse and lead to depression or unhealthy work environment, eloklah bahagikan masa mengikut "priority" korang. So last weekend, kawan JP ajak pegi konsert Kemabara Kita Ella & Ramli Sarip, JP onzzz je.. Hehee.. Pergh dua2 nyanyi serupa bercakap je sedap bukan main, effortless. gitueww.. Itulah bakat masing2 kan..


Okay rasanya sampai sini saja, till next time see ya!



Keluar pagi balik petang,
Adakala sampai malam,
Cari rezeki bawa pulang,
Buat orang yang tersayang,
ooo bersabarlah...